Dua penggerak terpenting untuk meningkatkan kehidupan rakyat secara besar-besaran adalah teknologi dan kerajaan. MYHackathon akan menggabungkannya – dengan kemahiran dan idea ANDA!
MYHackathon adalah program PENJANA yang akan membawa teknologi dan digitalisasi kepada perkhidmatan kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam utama kepada Rakyat yang dapat menghidupkan kembali ekonomi dalam keadaan “Normal Baru” ini.
Perasmian MYHackathon berlaku di Kuala Lumpur!
Jika anda mempunyai visi, keberanian dan tekad untuk membuat perbezaan – SERTAI KAMI!
Prihatin Rakyat adalah tema untuk hackathon perdana. Tumpuannya adalah untuk mengembangkan penyelesaian digital yang dapat memberikan bantuan segera kepada golongan miskin, warga miskin, warga emas yang memerlukan dan yang kurang mampu.
Tema Prihatin Rakyat mempunyai 5 pernyataan masalah yang dihadapi oleh perkhidmatan kerajaan. Tugas anda adalah untuk “hack” permasalahan dan memberikan jalan penyelesaian yang terbaik.
Untuk memastikan kumpulan sasaran, penerima dan waris mendapat bantuan tepat pada masanya
Muat turun Pernyataan Masalah Terperinci untuk Tema Prihatin Rakyat
Sabtu, 26 Sept 2020
Penyataan Masalah dikeluarkan
Daftar untuk Hackathon.
(Pendaftaran Ditutup)
LIHAT PERKEMBANGAN
Pilih “Kuala Lumpur/Prihatin Rakyat”
Sabtu, 3 Oktober 2020
Pelancaran Hackathon Kuala Lumpur:
Dengan tugasan Jurulatih, Bengkel Ideasi dan sesi panel.
Tempat:
The Dome, Tingkat 4
TM Convention Centre
Masa: 8.30am to 5.30pm
Hadiriprogram dan bengkel Pelancaran.
Muat Turun:
Program Hari Petama di sini
Ahad, 4 Okt 2020
Sehingga Khamis, 8 Okt 2020
[All Online/Remote] Sesi:
Usahakan idea, penyelesaian dan bahan persembahan anda.
Hadiri webinar dalam talian.
Dapatkan bantuan daripada mentor dan jurulatih.
Hantar projek anda (jika anda sudah bersedia)
Jumaat, 9 Oktober 2020
Tarikh Akhir Penghantaran:
Hari terakhir untuk penyerahan projek ‘Prihatin Rakyat’
Tarikh akhir: 11pm pada 9 Oktober 2020
Penyerahan melalui platform dalam talian.
Sebarang penyerahan yang diterima SELEPAS 11pm pada 9 Oktober 2020 – akan ditolak secara automatik.
Sabtu, 10 Okt 2020
Sehingga Ahad, 11 Okt 2020
Senarai Pendek Penyerahan:
Semua penyerahan akan dinilai dan disenarai pendek.
10 senarai teratas dari Sprint dan 10 senarai teratas dari kategori Marathon akan diumumkan sebagai Finalis.
Akan diberitahu.
Isnin, 12 Oktober 2020
Semua finalis yang disenarai pendek akan diberitahu melalui panggilan telefon. Orang awam dapat mengetahui keputusan melalui laman web dan Media Sosial MYHackathon.
Tarikh dan program ini penting bagi mereka yang telah disenarai pendek sebagai Finalis MYHackathon Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada 10 pasukan teratas untuk kategori Sprint dan 10 pasukan teratas untuk kategori Marathon.
Selasa, 13 Oktober 2020
Coaching & Mentoring Lanjutan
(melalui Dalam Talian / Pemantauan Jauh)
Tingkatkan persembahan & penyelesaian anda.
Perkemaskan persembahan dan penyelesaian anda atau demo / prototaip.
Kosongkan jadual 2 hari seterusnya & bersiaplah untuk menghadiri Hari Bootcamp & Final Pitch Day – semua sesi adalah SEPENUHNYA ONLINE melalui ZOOM!
Ahad, 15 November 2020
Bootcamp Sepanjang Hari.
Masa: 8.30am ke 5.00pm
Sesi Bootcamp terdiri daripada 3 bahagian:
i. Kandungan: Membuat kerangka, pitch, dan penceritaan anda.
ii. Pitch-Coach: pembentangan kepada jurulatih dan dapatkan maklum balas.
iii. ‘Dry-Run‘ Berjadual: Setiap pasukan akan melakukan sesi pembentangan ‘Dry-Run‘ berjadual dengan pasukan produksi untuk memastikan perjalanan yang lancar.
Dapatkan bimbingan teknik dan latihan pitching 1-1
Isnin, 16 November 2020
MYHackathon Kuala Lumpur
HARI PITCH
Masa: 8.00am ke 5.00pm
Masa anda untuk menyerlah!
Bentangkan idea dan penyelesaian anda ke panel hakim yang diketuai oleh CRADLE.
Pemenang akan diumumkan pada jam 3.30 petang pada hari yang sama.
Semak kriteria kelayakan anda di sini
Untuk setiap MYHackathon, hanya Ahli Pasukan 1 (Ketua Pasukan) yang perlu mendaftar untuk setiap pasukan. Kami sangat mengesyorkan kepada sesiapa yang ingin mengambil bahagian untuk membentuk pasukan minimum 2 orang & maksimum 5 orang. Hanya Ketua Pasukan harus mendaftar ke portal pendaftaran dalam talian MYHackathon.
Syarikat juga boleh memasuki MYHackathon dengan kakitangan & pengurusan mereka sebagai ahli pasukan. Calonkan minimum 2 orang & maksimum 5 orang untuk memasuki program MYHackathon.
Syarikat juga dibenarkan menghantar lebih dari 1 pasukan untuk setiap MYHackathon, dengan syarat ketua pasukan & ahli pasukan tidak sama, kerana 1 orang hanya dibenarkan mendaftar dalam 1 pasukan untuk setiap MYHackathon.
Tarikh akhir MYHackathon Kuala Lumpur:
– Tarikh Tutup Pendaftaran Dalam Talian: 5 petang, 3 Oktober 2020
– Pautan pendaftaran: register.myhackathon.com.my