fbpx

NOV 26

2020

Para minda terhebat negara sedang bekerja keras di

Countdown Ke MYHackathon

PENANG

Tema : Inovasi Asas Pembangunan

Pengenalan

Dua penggerak terpenting untuk meningkatkan kehidupan rakyat secara besar-besaran adalah teknologi dan kerajaan. MYHackathon akan menggabungkannya – dengan kemahiran dan idea ANDA!

MYHackathon adalah program PENJANA yang akan membawa teknologi dan digitalisasi kepada perkhidmatan kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam utama kepada Rakyat yang dapat menghidupkan kembali ekonomi dalam keadaan “Normal Baru” ini.

MYHackathon kelima berlaku SEPENUHNYA ONLINE untuk para peserta, disiarkan secara langsung dari Penang!
Jika anda mempunyai visi, keberanian dan tekad untuk membuat perbezaan – SERTAI KAMI!

Tema @ MYHackathon Penang INOVASI ASAS PEMBANGUNAN

Inovasi Asas Pembangunan adalah tema untuk hackathon keempat. Fokusnya adalah untuk meningkatkan sumbangan inovasi dalam mendorong pertumbuhan ekonomi dan menangani cabaran sosio-ekonomi.

Tema Inovasi Asas Pembangunan mempunyai 5 pernyataan masalah yang dihadapi oleh perkhidmatan kerajaan. Tugas anda adalah untuk “hack” permasalahan dan memberikan jalan penyelesaian yang terbaik.

Objektif Hackathon

Meningkatkan sumbangan inovasi dalam mendorong pertumbuhan ekonomi dan menangani cabaran sosio-ekonomi.

Lima Penyataan Masalah

  1. INOVASI 1:
    Platform (Quadruple helix)  menghubungkan komuniti penyelidik, industri dan komuniti umum.


  2. INOVASI 2: Pusat sehenti untuk syarikat pemula (start-up) – untuk mendapat khidmat nasihat, panduan, pemantauan, penjejakan dan melapurkan pencapaian.

  3. INOVASI 3:
    Platform pintar sehenti untuk permohonan, pemprosesan, pemantauan, penjejakan dan laporan pembiayaan kerajaan menggunakan AI dan Big Data Analytics untuk meningkatkan ‘insights’ dan impak.

  4. INOVASI 4:
    Penyelesaian digital untuk penglibatan berterusan dengan orang ramai untuk memupuk atau mempromosikan STI (Sains, Teknologi dan Inovasi) menggunakan pembelajaran interaktif.

  5. INOVASI 5:
    Platform interaktif dan ‘gamify’ bagi tujuan meningkat kesedaran dan minat kepada sains dan aero-angkasa di kalangan pelajar.

PENTING!

Muat turun Pernyataan Masalah Terperinci untuk Tema Inovasi Asas Pembangunan

Tarikh Penting untuk Semua Peserta

Khamis, 19 November 2020

Penyataan Masalah dikeluarkan

Daftar untuk Hackathon

(PENDAFTARAN DITUTUP)

Pilih “Penang/ Inovasi Asas Pembangunan”

Khamis, 26 November 2020

Pelancaran Hackathon PEN

Masa: 8.30 pg -12.00 tgh

Hadir pada hari pelancaran SEPENUHNYA ONLINE dan dapatkan petua & kandungan tentang cara membuat penyerahan terbaik untuk pasukan anda.

Hanya 3.5 jam & kami berjanji akan menjadi masa yang menarik untuk anda & ahli pasukan anda. (Ya, semua ketua pasukan & ahli pasukan dijemput hadir, pautan Zoom akan dikongsi melalui alamat e-mel & SMS ke nombor telefon yang tertera dalam borang pendaftaran.)

PENTING: Pendaftaran Dalam Talian TUTUP pada jam 5.00 petang, 26 November 2020

Pautan pendaftaran: register.myhackathon.com.my

Hadiriprogram dan bengkel Pelancaran.

Muat Turun:

Jumaat, 27 November 2020
Until Selasa, 01 Desember 2020

 

[All Online/Remote] Sesi:

  • Webinar dalam talian
  • Sesi Coaching
  • Sesi Mentoring

Usahakan idea, penyelesaian dan bahan persembahan anda.
Hadiri webinar dalam talian.
Dapatkan bantuan daripada mentor dan jurulatih.

Hantar projek anda (jika anda sudah bersedia)

Rabu, 2 Desember 2020

Tarikh Akhir Penghantaran:
Hari terakhir untuk penyerahan projek ‘ Inovasi Asas Pembangunan’

Tarikh Tutup: 11.00pm on 2 December 2020

Penyerahan borang adalah 100% hanya melalui platform dalam talian sahaja.

Sebarang penghantaran yang diterima SELAPAS TEMPOH 11.00 malam pada 2 December 2020 akan ditolak secara automatik.

Khamis, 3 Desember 2020
Until Ahad, 6 Desember 2020

Senarai Pendek Penyerahan:
Semua penyerahan akan dinilai dan disenarai pendek.

10 senarai Terbaik dari Sprint dan 10 senarai teratas dari kategori Marathon akan diumumkan sebagai Finalis.

Isnin, 7 Desember 2020

Pengumuman Finalis TOP 10:
10 Finalis Terbaik untuk kategori Sprint & Marathon akan diumumkan pada pukul 10.00 pagi melalui saluran media sosial kami untuk dirujuk oleh orang ramai, sementara wakil Hikmat Pelanggan kami akan menghubungi setiap ketua pasukan yang disenarai pendek (melalui nombor telefon yang tertera dalam borang penyerahan)

Sesi Pra Taklimat Finalis:
Semua finalis akan dijemput ke sesi pra-taklimat persendirian finalis pada jam 6.00 petang – 6.30 petang pada hari yang sama dengan pengumuman. Kami akan menghantar e-mel kepada semua ketua pasukan pautan Zoom peribadi untuk sesi tersebut. Kami akan menghantar e-mel kepada semua ketua pasukan pautan Zoom peribadi untuk sesi tersebut.

Tarikh Penting untuk Finalis SAHAJA

Tarikh dan program ini penting bagi mereka yang telah disenarai pendek sebagai Finalis Penang. Mereka terdiri daripada 10 pasukan terbaik untuk kategori Sprint dan 10 pasukan terbaik untuk kategori Marathon.

Jumaat, 8 Desember 2020

Coaching & Mentoring Lanjutan
(Melalui Dalam Talian / Pemantauan Jauh)

Tingkatkan persembahan & penyelesaian anda.

Perkemaskan persembahan dan penyelesaian anda atau demo / prototaip.

Kosongkan jadual 2 hari seterusnya & bersiaplah untuk menghadiri Hari Bootcamp & Final Pitch Day – semua sesi adalah SEPENUHNYA ONLINE melalui ZOOM!

Rabu, 9 Desember 2020

Bootcamp Sepanjang Hari.

Masa: 8.30am – 5.00pm

Sesi Bootcamp terdiri daripada 3 bahagian:
i. Kandungan: Membuat kerangka, pitch, dan penceritaan anda.
ii. Pitch-Coach: pembentangan kepada jurulatih dan dapatkan maklum balas.
iii. ‘Dry-Run‘ Berjadual: Setiap pasukan akan melakukan sesi pembentangan ‘Dry-Run‘ berjadual dengan pasukan produksi untuk memastikan perjalanan yang lancar.

Dapatkan bimbingan teknik dan latihan pitching 1-1

Khamis, 10 Desember 2020

HARI PITCH MYHackathon Penang

Masa: 8.00am – 5.00pm

Masa anda untuk menyerlah!

Bentangkan idea dan penyelesaian anda ke panel hakim yang diketuai oleh CRADLE.

Pemenang akan diumumkan pada jam 3.30 petang pada hari yang sama.

Kelayakan, Pendaftaran Pasukan & Penyerahan Projek

  1. Siapa yang boleh mengambil bahagian

    Semak kriteria kelayakan anda di sini

  2. Pendaftaran Pasukan

    Untuk setiap MYHackathon, hanya Ahli Pasukan 1 (Ketua Pasukan) yang perlu mendaftar untuk setiap pasukan. Kami sangat mengesyorkan kepada sesiapa yang ingin mengambil bahagian untuk membentuk pasukan minimum 2 orang & maksimum 5 orang. Hanya Ketua Pasukan harus mendaftar ke portal pendaftaran dalam talian MYHackathon.

    Syarikat juga boleh memasuki MYHackathon dengan kakitangan & pengurusan mereka sebagai ahli pasukan. Calonkan minimum 2 orang & maksimum 5 orang untuk memasuki program MYHackathon.

    Syarikat juga dibenarkan menghantar lebih dari 1 pasukan untuk setiap MYHackathon, dengan syarat ketua pasukan & ahli pasukan tidak sama, kerana 1 orang hanya dibenarkan mendaftar dalam 1 pasukan untuk setiap MYHackathon.

    Tarikh tutup MYHackathon PEN
    – Tarikh Tutup Pendaftaran Dalam Talian: 26 November 2020
    – Pautan pendaftaran: register.myhackathon.com.my

  3. Tip Membentuk Pasukan
    • Rujuk kepada “Siapa yang Harus Meyertai?” untuk menentukan kelayakan penyertaan
    • Pilih ahli pasukan anda berdasarkan kemampuan mereka untuk mematuhi jadual hackathon
    • Pilih “ketua pasukan” – seseorang yang sedia untuk dihubungi oleh penganjur
    • Mempunyai anggota pasukan “sandaran” sekiranya seseorang mengalami kecemasan yang tidak dapat mereka hindari
    • Gunakan Borang Pendaftaran Hackathon di halaman Hackathon masing-masing

Penganjur Program

Diterajui Oleh

Disokong Oleh

Inisiatif di Bawah

Rakan Komuniti

Rakan Solusi Digital

Rakan Telekomunikasi Rasmi